stress

assalamualaikum .. hari ini nak cerita pasal stress... pasti semua orang pernah stress kan?
Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. 



Bagaimana stress boeh terjadi?? apakah puncanya???

 i) Sifat Semulajadi
* Terlalu sensitif –> mereka yang terlalu sensitif akan mudah terasa kepada sesuatu perkara.. Ianya akan menimbulkan tekanan kepada individu terbabit.. Kesensitifan mereka mampu membuatkan mereka bertindak di luar dugaan.
* Terlalu teliti ( cerewet) –> terlalu teliti kadangkala menyebabkan kesukaran untuk keputusan dibuat.. Terpaksa memikirkan macam-macam perkara sebelum keputusan dibuat dan sudah pasti tekanan dirasai untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti..
* Perisau –> orang yang terlalu risau sudah pastinya tekanan akan wujud dalam minda.. Risau tentang sesuatu yang buruk menyebabkan kesukaran untuk berfikir dan tekanan makin bertambah dalam tubuh badan.
* Buruk sangka –> ini banyak berlaku terutamanya dalam komuniti yang besar.. Memang orang yang buruk sangka akan menimbulkan konflik sesama sendiri dan seterusnya tekanan antara mereka akan bertambah..
* Terlalu serius –> keseriusan seseorang itu akan menimbulkan tekanan yang mendalam …

ii) Tempat kerja
* Selalu tukar tempat kerja –> jika selalu tukar ke sana ke mari sudah pastilah tekanan bertambah,.. Setiap kali ke tempat kerja baru proses pembelajaran baru bermula..
* Hubungan dengan orang –>AKalau hubungan dengan orang di sekeliling tidak rapat dan berasa curiga sudah pastinya bantuan kurang dan tekanan bertambah.
* Beban kerja berat —> kerja banyak memanglah akan menambahkan lagi beban di dalam otak..
* Bosan –> perkataan bosan sering berlaku jika kerja yang dilakukan tidak mampu menarik minat.. Dan kebosanan terhadap proses kerja yang tidak berubah juga sebagai faktor utama tekanan di tempat kerja.

iii) Hubungan Kemanusiaan
* Tempat kerja –> kadangkala kita terpaksa berhadapan dengan politik di tempat kerja.. Hipokrasi, kipas mengipas yang berlaku di tempat kerja memang memberi tekanan..
* Rumah –> masalah di rumah dengan keluarga merupakan masalah yang amat meruncing masa kini.. Tekanan kadang-kadang dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya.. Sebab itu berlaku kes pembunuhan dan penderaan terhadap keluarga.. Masyaallah.. Harap dijauhkan..
* Konflik –> Ini berlaku di mana-mana sahaja samada di tempat kerja, rumah, kejiranan, organisasi dan sebagainya.. Tanpa ditangani dengan baik ianya menimbulkan tekanan yang cukup hebat di antara satu sama lain.

iv) Punca Dalaman
* Hati kotor –> ianya bukan bermakna hati anda telah dipenuhi sampah sarap atau bahan-bahan buangan namun lebih kepada hati.. Sejauh mana kita tidak berburuk sangka dan berbagai perkara negatif yang bersarang dalam hati.. Macam mana nak bersihkan?? Sentiasa ingat padaNya..
* Engkar Perintah Tuhan –> Sudah pastinya engkar perintah Tuhan akan menyebabkan jiwa kita hilang.. Tekanan tidak dapat dikawal dan menghilangkan tekanan dengan melakukan perkara dilarang..
* Percaya pada karut –> Ianya sudah pasti berlaku ..Akibat percaya pada sesuatu yang karut tidak melakukan perkara yang boleh memberikan kebaikan kepada kita.. Ini perlu dielakkan kerana ianya boleh menghilangkan ‘roh’ kejayaan dalam diri..


0 comments :

Post a Comment